Follow Us

member login button png 8

Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) telah menerima lawatan penanda aras daripada Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan (FPTT), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada Isnin lalu.

Lawatan ini telah diketuai oleh Dekannya, Prof. Madya Dr. Mohd Syaiful Rizal Abdul Hamid; Profesor UTeM, Prof. Dato Dr. Izaidin Abdul Majid bersama 15 staf akademik.

Lawatan ini telah disambut oleh Dekan STML, Prof. Dr. Nor Hasni Osman dan beberapa kakitangan STML.

Lawatan sehari itu bertujuan untuk berkongsi ilmu dan maklumat bagi menambah baik program akademik dan kerjasama penyelidikan.

Program ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Shahimi Mokhtar yang juga profesor di STML.

Program ini dibahagikan kepada dua (2) sesi iaitu sesi pertama memfokuskan hala tuju program akademik dan akredetasi di mana sesi ini disampaikan oleh Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Norsiah Hami.

Manakala sesi kedua pada sebelah petang memfokus kepada peluang kolaborasi penyelidikan antara kedua pihak. Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Kamarul Irwan Abdul Rahim.

Turut hadir dalam sesi kedua bagi berkongsi maklumat bersama delegasi UTeM adalah Pengarah-pengarah School Centre of Excellence (SCoE) dan Research Unit (RU) serta Pengarah RIMC, Prof. Madya Dr. Nor Idayu Mahat.

Lawatan ini adalah kesinambungan daripada perjanjian persefahaman (MoU) antara UUM dan UTeM. Hasil lawatan kedua-dua pihak dapat mengenal pasti peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan secara bersama pada masa akan datang.

  • 1.png
  • 01.png
  • 10.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 91.png
  • mqa2023.png
  • setara2023.png
  • sirim_footer.png