PROJEK TERNAKAN AYAM KAMPUNG TINGKAT EKONOMI DESA
- Details

Kampung Padang Kerasak, Kuala Nerang dipilih menerima bantuan untuk meningkatkan taraf hidup dalam Projek Pembangunan Ekonomi Mampan Ibu Tunggal Dan Komuniti B40: Ternakan Ayam Kampung Berkelompok.
Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dr. Zurina Abdul Hamid berkata, pandemik Covid-19 menyebabkan ramai yang terkesan dan terjejas pendapatan.