Follow Us

 

BUTTON

News & Activities

BENGKEL STRATEGI PENERBITAN JURNAL BERIMPAK TINGGI OLEH PROF T. RAMAYAH

Bagi menggalakkan penulisan berkualiti yang berimpak tinggi di kalangan pensyarah, Jawatankuasa Penerbitan, Jawatankuasa Latihan dan Seminar, Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (JKP STML) bersama RIMC telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Bengkel “WORKSHOP ON STRATEGIES TO PUBLISH IN HIGH IMPACT JOURNALS” pada 25hb Oktober 2016 (Selasa).

Bengkel satu hari ini dirasmikan oleh Dekan STML Prof. Dr. Shahimi Mokhtar dan telah dihadiri seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah STML serta dari pusat pengajian lain. Bengkel ini dikendalikan oleh penceramah jemputan Prof. T.Ramayah dari Pusat Pengajian Pengurusan (SOM), Universiti Sains Malaysia. Tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk memberikan pendedahan dan panduan kepada peserta mengenai strategi penulisan dan peningkatan sitasi hasil penerbitan artikel.

Oleh itu, diharapkan output daripada bengkel ini dapat membantu pensyarah dalam meningkatkan sitasi hasil dari penerbitan serta dapat meningkatkan budaya penulisan artikel saintifik di kalangan tenaga akademik. Pada masa yang sama artikel-artikel yang telah diterbitkan dapat meningkatkan peluang sitasi yang berimpak tinggi dan efektif.

  • 00.png
  • 1.png
  • 01.png
  • 06.png
  • 8.png
  • 10.png
  • 11.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 81.png
  • 91.png