Follow Us

 

BUTTON

News & Activities

Covid-19 dan Kaedah Pencegahannya

Menyedari kepentingan untuk menyebarkan pengetahuan berkaitan Coronavirus, Pengarah Research Unit (RU) Food Security, Innovation and Development Research Centre (FInDER), Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Dr. Risyawati Mohamed Ismail telah mengadakan satu sesi taklimat kepada semua staf jabatan ini pada 02 Februari 2020 iaitu hari pertama pendaftaran gugur tambah pelajar sesi A192.

Pada sesi taklimat berkenaan, Dr. Risyawati telah memberikan pendedahan kepada staf mengenai cara-cara menjaga dan mengamalkan kebersihan diri yang baik iaitu dengan membasuh tangan secara kerap terutamanya selepas menggunakan tandas dengan memakai pencuci tangan berasakan alkohol.   Staf juga diminta mengamalkan memakai topeng muka dengan cara yang betul iaitu bahagian yang berwarna berada di bahagian luar bagi mengelakkan virus.

Staf juga diberikan pendedahan tentang bagaimana mengawal virus ini daripada merebak di persekitaran pejabat iaitu dengan menggunakan bahan kimia yang betul untuk tujuan ini. Selain itu, menurut Dr. Risyawati lagi, makanan separuh masak seperti telur separuh masak haruslah dielakkan bagi mengelakkan penyebaran virus ini.

UUM Cemerlang Dalam Pertandingan Debat 2019

Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan Debat Logistik 2019 (Debate Competition 2019) yang berlangsung di AK Academy, Wisma Boon Siew, Pulau Pinang pada 17 Ogos 2019. Pertandingan Debat Logistik yang memasuki tahun ke lima pertandingan dalam bahasa Inggeris itu, dianjurkan oleh Pertubuhan Pakar-Pakar Logistik Malaysia (The Society of Logisticians Malaysia atau LogM) bersama The Chartered Institute of Logistics and Transportation (CILT) Bahagian Pulau Pinang dan Women in Logistics and Transportation (WILAT) Bahagian Pulau Pinang, turut membabitkan sembilan pasukan dari enam buah Universiti di seluruh Malaysia,yang antaranya ialah Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Kuala Lumpur UniKL (Johor), AK Academy, Universiti Tunku Abdul Razak (UTAR) dan Politeknik Seberang Prai. UUM telah menghantar satu pasukan untuk bertanding dalam pertandingan debat kali ini.

Read more ...

UUM rangkul juara Petron Road Safety Digital Challenge

Universiti Utara Malaysia (UUM) merangkul johan bagi kategori institusi dalam Petron Road Safety Digital Challenge baru-baru ini.


Pengerusi Sekretariat Petron-UUM Road Safety Program UUM, Dr Rohafiz Sabar berkata, dalam pertandingan itu UUM berjaya mendapat jumlah skor sebanyak 724,250 mata.

"Kejayaan ini juga membuktikan tahap kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan pelajar kita semakin meningkat.


"Insya-ALLAH semoga kemenangan ini akan berterusan pada tahun-tahun akan datang dan lebih ramai pelajar akan melibatkan diri dalam kempen kesedaran ini," katanya kepada Sinar Harian.

Kemenangan itu melayakkan UUM membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 manakala Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang di tempat kedua (205,710 mata) membawa pulang wang tunai

RM2,000 diikuti Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di tempat ketiga (127,800 mata) menerima wang tunai berjumlah RM1,000.

Sementara itu, Pengurus Korporat Keselamatan, Sekuriti, Kesihatan dan Alam Sekitar Petron Malaysia, Lokman Hani berkata, Program Keselamatan Jalan Raya Petron tahun ini mendapat sambutan menggalakkan

dengan penyertaan lebih 9,000 pelajar dari 84 universiti dan kolej di seluruh negara.

Menurutnya, bagi mendekati generasi milenium yang celik teknologi, permainan keselamatan jalan raya dalam talian adalah salah satu cara untuk menarik lebih ramai peserta menyertai inisiatif keselamatan jalan raya.

"Kami percaya keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama. Kami mengambil pendekatan yang berbeza untuk mendekati remaja bagi menggalakkan penglibatan mereka," katanya.

TAUTAN KASIH STML

Satu lawatan telah diadakan oleh Persatuan Pengurusan Operasi (POM) Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah. Lawatan ini telah diadakan bertujuan membantu memulihkan semangat pesakit kanak-kanak yang ditempatkan di dalam hospital tersebut di samping mengeratkan hubungan antara mahasiswa dengan komuniti setempat.

Sewaktu lawatan ke HSB, Ketua Jururawat U32 Sr. Junaida Johari telah berkongsi pengalaman sepanjang mengurus dan menjaga pesakit kanak-kanak di HSB. Sedikit penerangan ringkas kepada sukarelawan mengenai tatatertib ketika berada di dalam wad kanak-kanak daripada pihak hospital dan Dr. Hanizan Zalazilah selaku pensyarah dari Pusat Pengajian Teknologi dan Logistik (STML), Universiti Utara Malaysia (UUM).

Seramai 30 orang sukarelawan POM yang diketuai oleh Ketua Exco Kerohanian Nur Liyana Shamsudin telah mengadakan aktiviti ‘Jom Mewarna’, ‘Jom Buat Topeng Muka’ dan ‘Cuba Teka’ bagi membantu memulihkan semangat pesakit kanak-kanak yang terlibat. Lebih daripada 30 orang kanak-kanak telah terlibat di dalam program ini. Majoriti kanak-kanak yang terlibat adalah mereka yang terlibat dengan kes-kes respiratory dan oncology.

HSB melalui Sr. Junaida Johari mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian mahasiswa dan wakil pensyarah UUM berkongsi semangat dan pengetahuan kepada pesakit kanak-kanak HSB khususnya dan berharap jalinan hubungan dan kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang

  • 00.png
  • 1.png
  • 01.png
  • 06.png
  • 8.png
  • 10.png
  • 11.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 81.png
  • 91.png