Follow Us

 

BUTTON

Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) akan bekerjasama melalui perkongsian maklumat berkaitan bidang pengurusan dan pengkomersilan produk.

Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi & Logistik (STML) UUM, Prof Madya Dr Zulkifli Mohamed Udin, berkata kerjasama ini boleh dilaksanakan dalam pelbagai aspek khususnya penyelidikan, runding cara, pengurusan dan juga teknikal sesuai dengan kepakaran masing-masing.

"UUM mempunyai kepakaran dari segi tenaga pengajar dan aspek pengurusan manakala POLIMAS dari aspek teknikal. Jadi, saya harap kami dapat saling membantu dalam melengkapkan kelebihan dan kekurangan yang ada untuk kebaikan bersama," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, UUM turut menandatangani perjanjian kerjasama, Letter of Intent (LoI) sebagai tanda mempersetujui kerjasama yang bakal dijalankan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Akademik POLIMAS, Bakri Baharom berkata kerjasama tersebut dapat membantu POLIMAS meningkatkan lagi bidang pengurusan dan teknikalnya berdasarkan kemampuan pengurusan yang ada pada UUM.

"Kami di POLIMAS sedia untuk berbincang dan menjalinkan kerjasama terutama berkaitan pengurusan produk selain akan turut sama memberi sokongan dalam aspek teknikal kepada UUM," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Pengerusi Strategic Interest Group AGRO Business (SIG) STML, Dr Zakirah Othman, berkata pihaknya berharap perjanjian kerjasama ini dapat membantu kedua-dua institusi untuk saling melengkapi kelebihan dan kekurangan yang ada dalam memastikan bidang teknikal dan pemasaran produk dapat diperkembangkan.

"POLIMAS akan keluarkan produk, seterusnya UUM akan membantu untuk komersialkan produk tersebut," katanya.

Terdahulu, POLIMAS telah berkerjasama dengan SIG Agro Business dengan menghasilkan beberapa prototaip mesin untuk kegunaan petani.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Dr Ir Mohd Nasrun Mohd Nawi; Timbalan Dekan STML Dr Mohamed Najib Salleh; Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar & Alumni UUM COB, Dr Farizal Rajemi dan Pengarah Unit Komunikasi Korporat, Dr Roslan Jamaluddin.

  • 00.png
  • 01.png
  • 1.png
  • 06.png
  • 8.png
  • 10.png
  • 11.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 81.png
  • 91.png