Follow Us

 

BUTTON

Pada 19 hingga 21 Ogos 2013 yang lalu, Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Institute of Nano Electronic Engineering (UniMAP), SIRIM Berhad dan University of Anbar (Iraq) telah menganjurkan Joint International Conference on Nanoscience, Engineering and Management (BOND21) buat julung kalinya bertempat di Bayview Beach Resort, Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Tema persidangan pada kali ini ialah Nanoscience, Engineering and Management for Future Sustainability. Tujuan utama persidangan yang diadakan setiap dua tahun ini adalah untuk menyediakan platform dalam membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan perkembangan terkini, isu-isu, serta trend masa depan dalam bidang Nanosains kejuruteraan dan pengurusan.

Persidangan kali ini telah di rasmikan oleh Prof. Dr. Uda Hashim, Pengarah Institute of Nano Electronic Engineering (UniMAP). Dalam ucapan aluannya, beliau memuji usaha yang telah dilakukan oleh semua pihak kerana persidangan ini dapat membantu memudahkan kerjasama antara industri dan ahli akademik. Tambah beliau lagi, persidangan ini dapat membantu ahli akademik dan industri menyebarkan penemuan penyelidikan semasa dan amalan industri terkini dalam bidang nanosains kejuruteraan dan pengurusan.

BOND21 merangkumi tiga persidangan antarabangsa di dalamnya iaitu International Conference on Nanoelectronics and Education, International Conference on Nanomaterials and Renewable Energy dan International Conference on Green Nanotechnology Management. Pada persidangan kali ini lebih daripada 350 peserta terdiri daripada peserta tempatan dan antarabangsa telah mengambil bahagian dalam mempamerkan dan membentangkan hasil penyelidikan mereka dalam pelbagai topik pengurusan dan kejuruteraan Nanosains.

Persidangan kali ini juga berjaya menjemput beberapa individu yang telah mencipta nama dalam bidang masing-masing bagi berkongsi pengalaman mereka seterusnya kajian mereka kepada peserta-peserta yang terlibat dalam persidangan pada kali ini. Antaranya ialah Prof. Datuk Dr Halimaton Hamdan (Naib Canselor, University Malaysia of Computer Science & Engineering), Prof. Dr. Mohd Noor Ahmad (UniMAP), Vijay K. Arora (Wilkes University, USA), Sharifah Bee (Universiti Malaya), Daniel Chua (NUS Singapore), Takhir Razykov (UKM), Karl Kohlhof (Cologne UAS, Germany), Jose Rajan (UMP), Abdul Rahman Mohamed (USM), Thomas Osipowicz (NUS Singapore), Mohamed Rusop (UiTM), M. V. Reddy (NUS, Singapore), Sutikno Madnasri (Indonesia) dan C. A. N. Fernando (Sri Lanka). Persidangan BOND21 seterusnya akan diadakan pada 2015 di mana Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) telah dipilih sebagai penganjur.

  • 00.png
  • 01.png
  • 1.png
  • 06.png
  • 8.png
  • 10.png
  • 11.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 81.png
  • 91.png