Follow Us

 

BUTTON

Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi & Logistik (STML) dan Koperasi Agro Belantik Sik Berhad dengan kerjasama Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UEC) mengadakan Bengkel Pengurusan Pertanian Lestari I dan II bertempat di Ladang Sri Lovely, Sik, Kedah, baru-baru ini.

Menurut Dekan STML, Prof Madya Dr Zulkifli Mohamed Udin, bengkel ini diadakan untuk membantu peserta daripada golongan petani dan usahawan kecil wanita di negeri Perlis untuk mempelajari kaedah pembuatan baja, penanaman padi sayur-sayuran secara organik.

"Program ini kami jalankan bagi memberi pendedahan kepada usahawan tani kecil wanita di Perlis agar mereka dapat mengaplikasikan cara ini untuk kemajuan perniagaan masing-masing," katanya.

Katanya, secara tidak langsung golongan petani dan usahawan kecil ini bukan saja diperkenalkan dengan kaedah pertanian yang lebih sihat dan mesra alam tetapi juga mampu melipatgandakan pendapatan sekiranya ia dikomersialkan.

"Hasilnya nanti kita harap mereka dapat meningkatkan potensi tanaman padi dan sayur-sayuran yang lebih baik untuk dipasarkan," katanya.

Tambahnya lagi, peserta turut berpeluang merasai sendiri pengalaman turun ke sawah dan mencuba kaedah penanaman padi itu yang diinovasi daripada teknik System of Rice Intensification (SRI).

Bengkel selama tiga hari itu diketuai oleh Timbalan Pengerusi Kumpulan Inisiatif Strategik (SIG) Agrobisnes STML, Dr Kamal Abd Hamid dan Pengerusi Koperasi Agro Belantik Sik, Kedah, Zakaria Kamantasha.

Turut hadir pada bengkel tersebut beberapa pensyarah dari STML yang bertindak sebagai fasilitator iaitu Noor Hidayah Abu, Nurul Azita Salleh, Kamaruddin Radzuan dan Mohamad Faizal Ahmad Zaidi.

  • 00.png
  • 01.png
  • 1.png
  • 06.png
  • 8.png
  • 10.png
  • 11.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 81.png
  • 91.png