Follow Us

 

BUTTON

Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) dengan kerjasama Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) telah mengadakan program lawatan sambil belajar ke Ho Chi Minh City University of Transport dan lawatan ke industri pembuatan di Vietnam pada 5 hingga 8 Disember ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Promosi program, Dr Mohamad Ghozali Hassan, berkata program tersebut diadakan bagi mewujudkan rangkaian hubungan bersama industri, mengenal pasti strategi yang berkesan, membezakan operasi dan pengurusan syarikat di dalam dan luar negara untuk diaplikasi dalam pembelajaran.

Lawatan selama empat hari tersebut disertai oleh seramai 10 peserta dan empat pegawai pengiring.

"Lawatan ini bakal memberi informasi kepada mereka berkenaan pengurusan yang sistematik, kawalan mutu pengurusan dan pengurusan rantaian bekalan," katanya.

Tambahnya lagi, mahasiswa akan dibawa melawat ke beberapa organisasi dan meninjau proses pembuatan secara dekat.

"Program mobiliti sebegini amat sesuai bagi menambahkan pengetahuan mahasiswa dan memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari cara kerja yang pelbagai, sekali gus menggilap bakat mereka," katanya.

Mohamad Ghozali berharap outcome yang diperoleh pada lawatan itu nanti akan dapat dimanfaatkan sebaiknya serta mampu meningkatkan lagi nama UUM di peringkat antarabangsa.

  • 00.png
  • 01.png
  • 1.png
  • 06.png
  • 8.png
  • 10.png
  • 11.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 81.png
  • 91.png