Follow Us

 

BUTTON

Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Jerman ke Malaysia, His Excellency Holger Wilfried Michael.

Kedatangan beliau telah disambut di Anjung Tamu oleh Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi & Logistik (STML) UUM, Prof. Madya Dr. Zulkifli Mohamed Udin; Timbalan Dekan STML, Dr. Mohd Najib Salleh; Penyelaras Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC), Dr. Wan Nadzri Osman; Pensyarah Kanan STML, Dr. Herman Shah Anuar; Pengurus Anjung Tamu, Hajah Rasidah Hj Rodzi dan pegawai-pegawai UUM.

Dr. Zulkifli berkata, kunjungan Michael merupakan susulan daripada kerjasama UUM dengan Hochshule Hamm-Lippstadt (HSHL), Jerman.

Ujarnya, pada tahun lalu UUM menerusi Naib Canselor, Prof. Dato' Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak telah menandatangani 'Letter of Intent' (LOI) dengan HSHSL.

"Dalam pertemuan kali ini, perbincangan lebih tertumpu kepada potensi kerjasama antara firma Jerman dengan Malaysia, khususnya yang membabitkan UUM."

"Kita juga menekankan mengenai penawaran kurikulum yang baik akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk graduan, malah fakulti dan pusat pengajian perlu bekerjasama erat dengan industri bagi menyediakan latihan yang sesuai dengan keperluan dan kehendak industri," ujarnya.

Menurut Dr. Zulkifli, Michael juga mencadangkan supaya ahli akademik memberi input dalam membantu industri untuk menjadi lebih berjaya.

Selepas perbincangan di Anjung Tamu, Michael dibawa melawat sekitar kampus termasuk mengunjungi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Abdul Malek Abdul Karim dengan diiringi Dekan STML sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

  • 00.png
  • 01.png
  • 1.png
  • 06.png
  • 8.png
  • 10.png
  • 11.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 81.png
  • 91.png