Follow Us

 

BUTTON

BIEC

Persidangan BIEC 2020 dan Summer Course maya memperluas rangkaian kerjasama antarabangsa

28 Julai 2020 – Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) telah bertindak sebagai penganjur bersama Persidangan Antarabangsa Inovasi Perniagaan dan Kejuruteraan - Business Innovation and Engineering Conference (BIEC) 2020 secara atas talian menggunakan media Zoom. BIEC yang dilangsungkan serentak dengan 2nd International Conference on Risk Management as An Interdisciplinary Approach (ICRMIA) ini menghimpunkan sumbangan penyelidik dan pelajar yang melibatkan pelbagai aspek pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan berkaitan inovasi dan pengurusan perniagaan.  Persidangan dimulakan dengan Sesi Ucaptama oleh Yang Berusaha Prof. Dr. Rushaimi Zein Yusoff.  Dalam ucapannya, beliau tidak melepaskan peluang untuk menonjolkan UUM dengan  berkongsi kepakaran dan kelebihan UUM dalam pengurusan perniagaan dan inovasi.

Persidangan ini turut melibatkan beberapa institusi yang lain sebagai peganjur bersama termasuk Universiti Putra Malaysia, Hiroshima University Jepun, Universiti Warsaw Poland dan Indonesia Risk Management Professional Association (IRMAPA).

Sehari sebelum persidangan, STML telah dilantik sebagai tuan rumah mengalukan peserta BIEC dalam sesi E-Sosial Gathering. Disamping itu juga, persidangan ini turut menganjurkan Summer Course on Business Innovation and Management (BIM), pada 20 Julai hingga 28 Julai 2020.

Summer Course adalah merupakan kursus jangka pendek yang mensasarkan pelajar siswazah dan pascasiswazah dari seluruh rantau Asia Tenggara dan dunia. Ia melibatkan kerjasama dari pihak IPB, industri, dan universiti lain termasuk Universiti Utara Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Warsaw University. Antara faedah yang dapat diperoleh melalui kursus ini ialah manfaat perbincangan dalam kumpulan yang melibatkan pelajar dari pelbagai universiti secara maya dan peluang mengenal budaya pelajar dari pelbagai negara. Summer Course membolehkan pelajar menimba pengalaman belajar yang luar biasa dimana mereka akan dibimbing oleh pensyarah pakar dari pelbagai disiplin dan universiti.

  • 00.png
  • 1.png
  • 01.png
  • 06.png
  • 8.png
  • 10.png
  • 11.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 81.png
  • 91.png