Follow Us

 

BUTTON

Disaster Management Institute (DMI) di bawah Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Universiti Utara Malaysia bersama Kansai University of International Studies (KUIS), Jepun telah menganjurkan Asian Cooperative Program (ACP) Online International Symposium pada 22 September 2020 (Selasa) dengan topik utama “How has COVID-19 impacted society? And how will our society be changed?”. Program secara atas talian melalui aplikasi Zoom dan Facebook Live ini turut melibatkan penyertaan dari Universiti Gadjah Mada (UGM), Universiti Atma Jaya Yogyakarta (UAJY), Universiti Lampung, Indonesia dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Malaysia serta delegasi dari KOBE City Government.

Menurut Pengarah Institut Pengurusan Bencana (DMI) Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Dr. Suria Musa, tujuan program ini diadakan adalah sebagai platform komunikasi bagi perkongsian pengetahuan serta pertukaran maklumat mengenai krisis Covid-19 di Jepun, Malaysia dan Indonesia. Program anjuran DMI (UUM) & KUIS yang dijalankan ini telah mendapat sambutan yang baik dari dalam dan luar negara dengan penyertaan seramai lebih 250 peserta termasuk penglibatan pelajar Malaysia, Jepun dan Indonesia semasa sesi pembentangan. Pelajar yang membuat pembentangan pula terdiri daripada 19 peserta dari pelbagai kursus; Kursus Kerja Sosial (UUM), Kursus Senibina & Perancangan, Kursus Antropologi, Kursus Geographical Information System, Geography (UGM), Magister Management Program dan Senibina (UAJ) dan Kursus Komunikasi English serta Sains Kemanusiaan (KUIS).

Panel jemputan adalah terdiri dari Dr. Atsushi Hamana (President, KUIS),Dr. Suria Musa (Director of Disaster Management Institute, STML, UUM), Dr. Agung Harijoko (Head, Center for Disaster Studies (PSBA), Universitas Gadjah Mada) dan Dr. Desideria Cempaka Wijaya Murti, MA (The Covid-19 Task Force, Universitas Atma Jaya Yogyakarta). Semua panel jemputan membentangkan situasi Covid-19 dan masa depan Institusi Pengajian Tinggi bagi negara masing-masing secara umum. Manakala, Mr. Masumi Taniguchi (Director General, Planning and Coordination Bureau, Kobe City Government) turut berkongsi mengenai cabaran Bandar Kobe dalam menghadapi pandemik Covid-19 serta strategi dalam menangani krisis ini. Akhir sekali, Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr Ayoib Che Ahmad, Universiti Utara Malaysia (UUM) membuat sesi rumusan serta penutupan bagi program ini.

Picture1

Secretariat KUIS & UUM

Picture2

Deans and secretariat

Picture3

FB live viewers

Picture4

KUIS President presentation

Picture5

UUM Speaker (DMI Director & Research Fellow)

Picture6

UUM Speaker (DMI Director & Research Fellow) on FB live

Picture7

UUM students’ presentation

Picture8

Chairman, moderator & students for UUM student’s presentation

Picture9

UUM student’s presentation in FB Live

Picture10

ACP audience

Picture11

Presentation from UAJ, Indonesia students

Picture12

Presentation by Indonesian (UAJ) speaker

Picture13

Presentation by KOBE City Government speaker

Picture14

Presentation by UGM, Indonesian speaker

Picture15

Closing remarks by Deputy Vice-Chancellor, Research & Innovation, UUM

  • 00.png
  • 01.png
  • 1.png
  • 06.png
  • 8.png
  • 10.png
  • 11.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 81.png
  • 91.png