Follow Us

 

BUTTON

Dalam usaha mentrasformasikan Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik kearah GREEN 5S, satu program telah dilaksanakan oleh kakitangan Akademik dan Pentadbiran pada 12 Mac 2020. Program tersebut bertujuan mengekalkan kedudukan STML sebagai pusat Pengajian yang mengamalkan amalan ‘Green 5S’.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah menghijaukan persekitaran luar pejabat dengan menanam semula pokok dan tanaman sayuran secara hidroponik. Di samping mempromosi inovasi penanaman sayur secara hidroponik, ia juga dapat memberi pendedahan dan peluang kepada staf STML untuk mempelajari Teknologi yang digunakan.

Selaku ketua program,Dr. Jafni Azhan Ibrahim telah memberikan idea untuk projek ternakan ikan dalam bekas takungan dimana ia dapat menjadi sumber nutrient untuk tanaman hidroponik tersebut.

  • 00.png
  • 01.png
  • 1.png
  • 06.png
  • 8.png
  • 10.png
  • 11.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 81.png
  • 91.png