Follow Us

button login

 

Taklimat Green 5S telah berlangsung pada 27/02/2020 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Eksekutif yang melibatkan staf pentadbiran STML. Objektif adalah untuk mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti dan kondusif serta mencapai matlamat 5S yang berkonsepkan kehijauan.


“Setiap apa yang dilakukan perlu dimulakan dengan niat, dan minda yang positif”. Kata Dekan STML, Prof Madya Dr Nor Hasni Osman dalam tazkirahnya sebelum memulakan taklimat.


Penerangan ringkas Amalan 5S disampaikan oleh seorang pelajar praktikum, Nur Syafiqah Mohamad Sahrani. Program diteruskan dengan ceramah oleh Pengurus Daya Saing dan Global, Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) Dr. Rosman Iteng yang bertajuk Introduction to Green 5S System.


Dr. Rosman berkata “Green 5S adalah Kaedah 5S yang menggabungkan konsep kitaran Plan-Do-Check-Act (PDCA) yang menekankan inisiatif mesra alam melalui 3R iaitu Reduce, Reuse and Recycle dan amalan hijau yang lain. Selain itu, Green 5S direka untuk mewujudkan tempat kerja yang bersih, berkesan dan cekap, dan persekitaran kerja yang selamat dan sihat, ke arah penghapusan sisa dan penambahbaikan berterusan”.


Sementara itu, Timbalan pengarah IPQ, Prof Madya Dr. Rohaizah Saad berkata “Kesedaran Green 5S perlu datang dari diri sendiri untuk sentiasa memastikan persekitaran kemas dan bersih tanpa perlu mengharap orang lain seperti yang di amalkan di negara Jepun yang menjadikan budaya 5S amalan seharian mereka”.

"Staf STML juga ditekankan untuk sentiasa mengamalkan amalan 5S dan komited menuju kearah Green 5S", tambahnya lagi.

  • 0.jpg
  • 1.png
  • 2.png
  • 4.png
  • 5.png
  • 6.png
  • 7.png
  • 8.png
  • 9.png