Follow Us

 

BUTTON

Institut Pengurusan Bencana (DMI) UUM telah menganjurkan satu program berkaitan pengurusan bencana bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Dato Wan Kembara (SKDWK) Changlun pada 13 November 2017 yang lalu. Dalam ucapan ringkasnya, Pengarah DMI UUM iaitu Prof. Madya Dr. Che Azlan bin Taib memaklumkan bahawa pelaksanaan program ini adalah selaras dengan salah satu objektif utama penubuhan UUM iaitu untuk mendidik masyarakat dalam konteks pengurusan bencana.

Justeru itu, program ini dapat membantu menyemaikan benih-benih kesedaran akan pentingnya pengurusan bencana di peringkat akar umbi di kalangan 195 orang pelajar dan 20 orang guru yang menyertainya. Program yang dikendalikan sendiri oleh Pengarah DMI UUM ini turut menampilkan felo DMI iaitu Cik Sharima Ruwaida Binti Abbas daripada Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) yang bertindak sebagai ketua fasilitator, dan di bantu oleh Dr. Mohamad Ghozali Bin Hassan daripada Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) dan beberapa orang pelajar UUM.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya memberikan pendedahan awal khasnya kepada pelajar berkenaan, dan amnya guru-guru SKDWK bagi persediaan menghadapi bencana seperti banjir. Dalam ucapan penghargaannya, Guru Besar SKDWK iaitu En. Mohd Nizam Saidin telah melahirkan perasaan sukacita di atas penganjuran program tersebut. Beliau juga amat berharap agar DMI UUM akan meneruskan lagi kerjasama seumpama itu di masa hadapan. Pada masa yang sama, Dekan STML iaitu Prof. Dr. Shahimi bin Mohtar pula merakamkan rasa terima kasih dan ucapan tahniah kepada semua ahli DMI UUM yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam menjayakan program tersebut. Beliau juga berharap di masa akan datang DMI UUM akan dapat melaksanakan program yang serupa tetapi dalam skala yang lebih besar seperti melibatkan beberapa buah sekolah berserta dengan guru dan juga PIBG sekolah masing-masing.

  • 00.png
  • 01.png
  • 1.png
  • 06.png
  • 8.png
  • 10.png
  • 11.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 81.png
  • 91.png