Follow Us

 

BUTTON

Kelab Pengurusan Operasi (POM) telah menganjurkan program Ibadah Korban bertempat di Cheroy Matri, Kampung Cham Cambodia bermula 01 hingga 07 September yang lalu.

Program yang disertai oleh 16 orang pelajar dan 02 pegawai pengiring iaitu Encik Ahmad Puat bin Abdul Hamid, Penyarah TISSA dan Encik Mohd Hanizan bin Zalazilah, Pensyarah STML turut dijalankan dengan kerjasama Koperasi Kemboja Islam.

Program yang dinantikan oleh penduduk setempat ini melibatkan 6 ekor lembu hasil penyertaan ibadah korban dari rakyat Malaysia.
Selain dagin korban yang diagihkan kepada penduduk setempat, para peserta bersama-sama penduduk kampong turut bergotong-royong menyediakan makanan untuk jamuan makan tengah hari.

Pengarah Program, Izzul Aiman bin Nor Azni menyifatkan program ini memberi kesan yang mendalam bagi peserta, melihat kehidupan masyarakat di sana yang hidup dalam keadaan serba kekurangan dengan kemudahan infrastruktur yang amat terhad melahirkan rasa bersyukur atas nikmat yang dirasai dibumi Malaysia.

  • 00.png
  • 1.png
  • 01.png
  • 06.png
  • 8.png
  • 10.png
  • 11.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 81.png
  • 91.png