Follow Us

 

BUTTON

Pada 25 Julai 2017, telah berlangsungnya Mesyuarat Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik Bil.2/2017, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama STML. Mesyuarat ini menghimpunkan semua staf akademik Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik bagi tujuan melaporkan perkembangan terkini setiap jawatankuasa, jabatan, pusat kecemerlangan (SCoE) yang bernaung di bawah pusat pengajian ini. Turut dibincangkan adalah agenda-agenda dan perancangan terkini yang telah diputuskan di peringkat pusat pengajian dan universiti.

Selain bertujuan untuk menyampaikan maklumat terkini dan membincangkan halatuju pusat pengajian dan universiti, mesyuarat ini juga menjadi medan terbaik untuk mengumpulkan sebarang cadangan penambahbaikan dan sumbangsaran bagi memastikan kecemerlangan pusat pengajian, khususnya dan universiti, amnya.

Mesyuarat ini diakhiri dengan jamuan hari raya khas buat semua kakitangan Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik. Antara menu yang istimewa adalah kambing bakar dan pulut durian. Majlis sebegini bukan saja dapat mengeratkan silaturrahim antara staf, malah juga dapat mengukuhkan lagi semangat kerjasama dan saling membantu bagi menjayakan misi dan visi pusat pengajian.

Lagi gambar-gambar kemeriahan di sini.

  • 00.png
  • 01.png
  • 1.png
  • 06.png
  • 8.png
  • 10.png
  • 11.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 81.png
  • 91.png