Follow Us

 

BUTTON

Ke arah melahirkan staf akademik yang mengamalkan gaya hidup sihat, Persatuan Staf Akademik UUM (PERSATU) telah menganjurkan Kejohanan Badminton Akademik Antara Pusat Pengajian (ACATON Inter-School) di Pusat Sukan, semalam.

Acara tahunan yang diadakan kali kedua itu bertujuan mewujudkan semangat kesukanan dan sifat persaingan yang positif dalam kalangan pemain dan pasukan, selain mengeratkan hubungan silaturahim antara staf akademik terlibat.

Pada kejohanan tersebut, sebanyak 12 pasukan dari 14 Pusat Pengajian telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Pasukan beregu dari Pusat Pengajian Tunku Intan Safinaz (TISSA) berjaya menyingkirkan pasukan dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) di peringkat separuh akhir, manakala pasukan dari Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) tewas kepada Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML).

Pada peringkat akhir kejohanan menyaksikan pasukan TISSA menewaskan pasukan STML bagi merebut gelaran juara dengan mata 4-1 yang mana pasukan juara membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan piala pusingan, manakala naib juara menerima wang tunai RM300, tempat ketiga (RM200), tempat keempat (RM150) dan saguhati RM100.

Hadiah telah disampaikan Presiden PERSATU, Prof Madya Dr Rusdi Omar kepada semua pemenang.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Abdul Malek Abdul Karim yang turut memberi sokongan ke atas pasukan yang bertanding.

  • 00.png
  • 01.png
  • 1.png
  • 06.png
  • 8.png
  • 10.png
  • 11.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 81.png
  • 91.png