Follow Us

 

BUTTON

Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi & Logistik (STML) telah mengadakan Simposium Pengurusan Teknologi, Operasi dan Logistik 2016 (STML Go Green 2016) yang telah diadakan pada 6 hingga 7 Disember 2016.

Program tahunan ini adalah satu program yang dikendalikan oleh Pusat Pengajian STML kepada pelajar tahun Akhir untuk membentangkan projek Akhir yang telah dilakukan pada semester ini. Ia juga merupakan platform terbaik untuk mereka berkongsi maklumat dan pengalaman terkini bersama tenaga pengajar dan pihak industri dalam mencetuskan idea melalui pembentangan projek akhir mereka. Antara lain dapat melahirkan mahasiswa berjiwa penyelidik serta memupuk pemikiran kreatif dan inovatif dalam menghasilkan kajian atau projek yang berkualiti.

STML Go Green 2016 kali ini telah dirasmikan oleh Tuan Dekan STML, Prof. Dr. Shahimi Mohtar mewakili PNC UUM COB. Dato Muzammil Mohammad dari Qatar Airways yang juga merupakan alumni UUM dan Prof. Dr. Zakaria Abas dari UUM telah dijemput sebagai penyampai ucaptama program kali ini. Antara aktiviti lain adalah Expo Logistik seperti aktiviti derma darah, peluang pekerjaan dari syarikat dan pihak industri terpilih serta gerai makanan dan minuman di perkarangan laman D’Buluh STML.Program dua hari itu melibatkan penyertaan pelajar STML seramai 250 orang yang telah membuat pembentangan poster.

  • 00.png
  • 01.png
  • 1.png
  • 06.png
  • 8.png
  • 10.png
  • 11.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 81.png
  • 91.png