Follow Us

 

BUTTON

Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Universiti Utara Malaysia (UUM), buat julung kalinya telah menganjurkan Persidangan Pengurusan Teknologi dan Operasi (CTOM) 2016 pada 6 Disember 2016.

Persidangan yang berlangsung selama sehari itu berjaya menarik lebih 40 peserta terdiri daripada peserta tempatan dan antarabangsa. Dato Muzammil Mohammad dari Qatar Airways yang juga merupakan alumni UUM dan Prof. Dr. Zakaria Abas dari UUM telah dijemput sebagai penyampai ucaptama persidangan. Artikal yang dibentangkan oleh Dr. Rosman bin Iteng dan Dr. Hj. Mohd Akhir bin Hj. Ahmad dari STML telah terpilih sebagai artikal terbaik persidangan, dan menerima hadiah berupa tiket penerbangan kemana-mana destinasi di dunia sumbangan dari Qatar Airways.

CTOM 2016 telah mendapat tajaan dari rakan industri STML yang terdiri dari Maybank, Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dan Qatar Airways. Selain itu, CTOM 2016 juga mendapat kerjasama rakan akademik STML dari Princess of Naradhiwas University (PNU).

  • 00.png
  • 01.png
  • 1.png
  • 06.png
  • 8.png
  • 10.png
  • 11.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 81.png
  • 91.png