Follow Us

 

BUTTON

Pada 4 Oktober 2016 (Selasa), Persatuan Pengurusan Operasi (POM) dengan kerjasama bersama Persatuan Marketing (MarC) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menganjurkan “Safety Talk For Women” untuk mahasiswi Universiti Utara Malaysia. Seramai 132 orang pelajar mahasiswi telah menyertai program tersebut. Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran keselamatan di kalangan mahasiswi serta memberi mereka ruang untuk bertanyakan soalan atau pandangan tentang keselamatan mereka.

Program yang bermula tepat pada pukul 9.30pagi telah dirasmikan oleh Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni Kolej Perniagaan (PPA COB), Dr. Hendrik Lamsali. Dalam ucapan aluannya, Dr. Hendrik menegaskan bahawa program seumpama ini sangat relevan dengan dengan situasi semasa di UUM yang mana populasinya didominasi oleh golongan siswi, dan sewajarnya isu keselamatan mereka diberi perhatian.

Bagi mengupas persoalan tentang keselamatan wanita dengan lebih lanjut, ceramah menampilkan Insp. Siti Ratna Dewi Binti Ahmad Tasir, daripada IPD Kubang Pasu pada slot pertama. Beliau berkongsi isu yang sering ditimbul oleh wanita, cara pencegahan, komersial dan kerjaya dalam bidang polis. Penerangan beliau telah mendapat sambutan pelajar yang meriah dalam sesi soal jawab. Seterusnya, Puan Aisa Azira Binti Haji Abdul Aziz, pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Kedah berkongsi tentang fakta and cabaran wanita. Melalui penyampaian beliau, peserta didedahkan tentang peranan JPW dalam memberi kesedaran terhadap kes keganasan kepada wanita, sokongan serta saluran-saluran yang berkaitan untuk mengajukan aduan. Beliau juga amat berterima kasih kepada pihak penganjur yang mengenengahkan program berkaitan wanita kerana kempen kesedaran berkaitan keganasan terhadap wanita peringkat kebangsaan diadakan bermula bulan Oktober hingga Disember setiap tahun.

Perbincangan berkaitan keselamatan siswi di UUM khususnya, dilengkapkan dengan ceramah daripada DSP/KS Mohd Zulkifli Mohd Noor, pengarah Jabatan Keselamatan UUM. Beliau berkongsi kes-kes yang berlaku di kampus, punca jenayah, langkah-langkah pencegahan dan tugas am jabatan keselamatan. Beliau juga mengingatkan bahawa para pelajar boleh menelefon ke talian 04-9283333 yang beroperasi 24 jam jika terdapat sebaran masalah dalam kampus.

Program “Safety Talk For Women” yang tamat jam 1.30 petang diakhiri dengan penyampaian cendaramata kepada para penceramah. Saudari Siti Nooratiqah Binti Azman selaku pengarah program bersyukur di atas kelancaran program berkenaan dan berterima kasih di atas penglibatan peserta mahasiswi serta kerjasama setiap ahli jawatan kuasa yang terlibat dalam usaha menjayakan program ini. Tambahan, Dr. Fadhilah Binti Mohd Zahari selaku penasihat Persatuan Operasi (POM) juga berharap peserta mahasiswi mampu mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan setelah menghadiri program yang bermanfaat ini.

  • 00.png
  • 01.png
  • 1.png
  • 06.png
  • 8.png
  • 10.png
  • 11.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 81.png
  • 91.png