Follow Us

 

BUTTON

Seorang pelajar PhD dari Universiti Reitaku Japan, Tatsuya Fujiwara telah meluangkan masa selama 4 hari bermula daripada 15 hingga 18 Jun 2016,untuk berada di STML bagi meluaskan pengetahuan dalam bidang Halal. Beliau telah berada di Asian Halal Laboratory (AHAL) dan menemubual lebih 7 orang pensyarah STML bagi mendapatkan maklumat tambahan untuk membantu kajian beliau dalam bidang logistik dan pensijilan halal. Beliau juga telah berkesempatan bertemu dan beramah mesra dengan Dekan STML, Prof. Madya Dr. Shahimi Mohtar. Dekan STML telah menyatakan rasa gembira beliau terhadap kunjungan Tatsuya dan berharap agar kerjasama bersama Jepun akan berterusan dan terus berkembang terutamanya dalam bidang penyelidikan halal.

Sepanjang tempoh berada di AHAL UUM, Tatsuya juga telah memperolehi pengalaman berbuka puasa dengan menikmati juadah tradisional Kedah. Tatsuya juga telah meluahkan perasaan gembira dan berbesar hati dengan kesediaan semua penyelidik STML untuk berkongsi idea dan pandangan bersama beliau.Pada sesi terakhir, Tatsuya juga telah menyampaikan syarahan mengenai penyelidikan beliau dan sempat mengadakan dialog bersama pelajar pasca STML di bawah AHAL yang lain. Beliau begitu kagum dengan penyelidikan halal di STML dan telah menyatakan hasrat dan keinginan beliau untuk berada lebih lama di AHAL bagi menjalankan penyelidikan berkenaan halal. Tatsuya bercadang akan kembali ke STML pada akhir bulan September 2016, dan bakal diselia secara bersama antara penelelia beliau dari Universiti Reiraku dan Dr. Risyawati Mohd Ismail, penyelidik AHAL sepanjang tempoh berada di sini nanti.

  • 00.png
  • 01.png
  • 1.png
  • 06.png
  • 8.png
  • 10.png
  • 11.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 81.png
  • 91.png