Follow Us

 

BUTTON

Zaman beralih dan musim berubah. Pelbagai inovasi dan transformasi dalam semua bidang pasti meninggalkan implikasi atau kesan sama ada implikasi yang positif atau negatif.

Dalam hal yang demikian, teknologi serta ilmu perbankan merupakan anugerah istimewa kepada dunia pendidikan serta berkait rapat antara satu sama lain. Bahkan, kehadiran Presiden dan Ketua Eksekutif (CEO) Malaysia Building Society Berhad (MBSB), Dato’ Ahmad Zaini Othman ke UUM Welcome Centre juga turut menerima bahang ilmu tersebut daripada tokoh korporat yang telah mencipta kejayaan di Malaysia.

Keupayaan UUM menubuhkan Welcome Centre mendapat perhatian beliau yang melawat lobi utama, galeri sambil menghayati sejarah Sintok di samping mengamati cara penyampaian yang berkesan serta bagaimana maklumat umum telah diperluas.

Beliau turut merakamkan kebanggaan terhadap UUM sebagai universiti ke-6 di Malaysia yang berteraskan pengurusan berjaya membuktikan kemajuan inovasi telah merentasi arus perubahan.

Malahan, kehadiran beliau ke kampus di rimba hijau juga memberi nilai yang tinggi serta impak yang besar kepada Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) dan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) dalam konteks kerjasama yang padu.

Beliau yang diiringi oleh Dekan STML, Prof. Madya Dr. Shahimi Mohtar serta Pensyarah Kanan STML, Dr. Wan Nadzri Osman begitu kagum dengan pencapaian UUM serta Welcome Centre yang dilihatnya sebagai mercu tanda ‘First Impression’ kepada tetamu untuk mengenali UUM dengan lebih terperinci.

“Impressive indeed. Thank you for the warm hospitality”, kata beliau.

Jelaslah bahawa pembangunan kampus melalui inovasi dan perkembangan teknologi, logistik, ekonomi, kewangan dan perbankan membawa kesan positif dalam aspek pengurusan untuk mencipta jenama di mata dunia bagi membolehkan UUM berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan universiti lain.

  • 00.png
  • 01.png
  • 1.png
  • 06.png
  • 8.png
  • 10.png
  • 11.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 81.png
  • 91.png