Follow Us

 

BUTTON

Kursus Pengurusan dan Kejuruteraan Alam Sekitar di bawah Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik telah mengadakan lawatan pada 10 Mei 2016 dengan dihadiri oleh seramai 42 pelajar dan diiringi Pensyarah dan Penyelaras Kursus Pengurusan dan Kejuruteraan Alam Sekitar iaitu Dr. Nurul Azita Binti Salleh ke tapak pelupusan sisa pepejal (sanitary landfill) di Jabi bagi mendedahkan kepada pelajar mengenai proses pelupusan sisa pepejal serta rawatan air lecek.

Taklimat di tapak pelupusan telah diberikan oleh Puan Siti Noor Binti Yusof selaku Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Majlis Bandaraya Alor Setar. Selain itu, lawatan turut diadakan ke Syarikat Konsesi E-Idaman bagi memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan teknologi Material Recovery Facility (MRF) bagi pemprosesan dan pemulihan sisa pepejal serta operasi perkhidmatan keseluruhan syarikat konsesi ini.Taklimat mengenai MRF telah disampaikan oleh En. Ahmad Rishal Bin Abd Majid, Senior Manager, Green Resource Recovery Sdn Bhd.

Secara keseluruhannya, lawatan ini bermatlamat menjelaskan kepada pelajar berkaitan proses pengurusan air lecek serta pelupusan sisa pepejal selain mencapai keseluruhan objektif pembelajaran mengenai pengurusan sisa pepejal, penyimpanan sisa pepejal, pemungutan dan pengangkutan dan pemindahan sisa pepejal, jenis-jenis stesen pemindahan dan perbandingan ekonomi alternatif pengangkutan sisa pepejal serta pemprosesan dan pemulihan sisa pepejal, kitar semula, pemulihan sumber untuk tenaga, pengkomposan, penunuan dan tapak pelupusan kebersihan

Sekian.

  • 00.png
  • 01.png
  • 1.png
  • 06.png
  • 8.png
  • 10.png
  • 11.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 81.png
  • 91.png