Follow Us

 

BUTTON

Pada 1 Disember 2015 yang lalu, seramai 49 pelajar dari kelas A dan 25 pelajar dari kelas B Universiti Utara Malaysia (UUM) termasuk 2 orang pensyarah iaitu Dr.Adam bin Saifuddin dan En.Yazid dari kelas (BJMP 3073 Purchasing Management And Supply Chain) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang Saudi Cold Storage Sdn Bhd yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Tujuan lawatan tersebut bagi mendedahkan pelajar mengenai Perusahaan Saudi Cold Storage Sdn Bhd untuk menyelesaikan tugasan kerja khusus yang telah diberikan. Para pelajar telah bertolak dari Universiti Utara Malaysia pada pkul 8.00 pagi dan sampai ke Perusahaan Saudi pada pukul 10.00 pagi.

Saudee Gold Berhad ( sebelum ini dikenali sebagai Sinaria Corporation Berhad ) terletak di Plot 331 , Taman Perindustrian Sungai Petani Fasa 3, 08000 Sungai Petani, Kedah, Malaysia. Saudi Group ditubuhkan pada tahun 1985 dan lahir dari pengiktirafan keperluan industri makanan kerana , produk yang menjimatkan masa dan berkualiti tinggi kos efektif.Saudee Group Berhad mempunyai 4 anak syariat iaitu Saudi Cold Storage Sdn Bhd, Perusahaan Saudi Sdn Bhd, Nutriveg Sdn Bhd, Sunwish Venture Sdn Bhd. Sejak penubuhannya, Saudi Gold telah berkembang menjadi jenama makanan paling diiktiraf di Rantau Malaysia Utara.

Kedatangan pelajar telah disambut oleh Tuan Haji Azman bin Manaf, Pengurus Besar Saudi Cod Storage Sdn Bhd serta staf-satf yang lain. Pada mulanya para pelajar diberi kata pengenalan oleh Tuan Haji Azman bin Manaf kemudian diterangkan mengenai organisasi syarkat, produk-produk yang dikeluarkan serta pasaran mereka. Seterusnya para pelajar diberi peluang untuk menanyakan soalan sebelum para pekerja dibawa untuk melawat tempat pemprosesan produk. Dalam lawatan melihat tempt pemprosean produk tersebut pelajar didedahkan kepada peralatan dan mesin yang digunakan, langkah-langkah penghasilan produk dari penyediaan bahan mentah sampai ke tempat penyimpanan produk yang sudah siap untuk dipasarkan.

Menurut seorang pelajar dari kelas A iaitu Robert Tee, lawatan tersebut memberikan pengalaman yang cukup bermakna kerana dapat menambah pengetahuan mengenai cara membuat produk makanan yang selama ini belum pernah dilihat beliau. Menurut pengarah projek dari kelas A pula, lawatan seperti ini sepatutnya dibuat lebih kerap kepada para pelajar terutama pelajar yang mengambil khusus melibatkan industri seperti beliau. Peluang seperti ini yang mana akan menjadi platform kepada pelajar mempelajari mengenai perkilangan sebelum memasuki alam pekerjaan. Bagi pelajar kelas B pula iaitu Prema A/P Tiaga Rajan pula, lawatan mengenai kilang Saudi Cold ini memdedahkan beliau akan persekitaran kilang terutama melibatkan produk makanan, cara kerja yang teratur dan Saudi Cold Sdn Bhd merupakan kilang pemprosesan makanan yang mempunyai fasiliti dan atur kerja yang berteknologi tinggi. Randi Naufal Putra pula berkata yang mana merupakan pelajar antarabangsa dari Indonesia, beliau berpendapat bahawa peluang seperti ini belum pernah dirasai di negara asal beliau walaupun di sana terdapat pelbagai kilang produk pemprosesan makanan. Pengalaman serta ilmu yang beliau dapat dari lawatan ke Saudi Cold Sdn Bhd akan dibawa pulang ke negara asalnya dan jika belai mempunyai peluang berharap dapat membuka sebuah perniagaan seperti Saudi Cold Sdn Bhd.

Para pelajar dan pensyarah juga diberi peluang untuk merasai produk yang dikeluarkan oleh Saudi Cold Sdn Bhd. Akhir sekali sebelum pulang para pelajar bergambar bersama Pengarah Urusan Saudee Group iaitu Mr. Tan Khang Khim sebagai kenang kenangan bersama.

  • 00.png
  • 01.png
  • 1.png
  • 06.png
  • 8.png
  • 10.png
  • 11.png
  • 41.png
  • 51.png
  • 61.png
  • 71.png
  • 81.png
  • 91.png